jalan utama di tutup

tanaman di tenggelami banjir

penyelia dan banjir


Pada 29.11.2008 banjir telah berlaku di kampung ini.Kegembiraan jelas terpapar diwajah kanak-kanak terutamanya kerana boleh bermain air,menaiki perahu ,berakit serta menjala ikan adalah sebahagian aktiviti mereka pada musim tengkujuh ini.Bagi ibu bapa pula jelas kebimbangan terhadap anak-anak mereka.Untuk tempat yang sentiasa di naiki air pula penduduk terpaksa bersabar.Banjir ini juga menyebabkab sebahagian tanaman di tenggelami air.Musin tengkujuh kali ini telah menyebabkan kg Sungai Serai mengalami tiga kali kenaikkan air di jalan utama.




Sepak takraw

permainan bola sepak




Permainan bola sepak dan sepak takraw adalah sebahagian aktiviti penduduk kg.Sungai Serai pada sebelah petang.Aktiviti ini biasa dilakukan oleh remaja muda untuk memenuhi aktiviti mereka.Dengan adanya aktiviti ini boleh mengurangkan gejala yang tidak sihat di kg ini.Dengan adanya kemahiran sukan seperti ini bukan sahaja boleh menyihatkan badan tetapi boleh menunjukkan bakat anak-anak muda kg ini dalam aktiviti sukan.


mesin fotostat HPLaserJet M1522n

kerusi dan meja

komputer HP


Pelbagai kemudahan yang disediakan didalam Ppik Kg.Sungai Serai ini bagi keselesaan penduduk untuk belajar.Antara kemudahan yang disediakan adalah komputer,kerusi,meja,internet serta mesin fotostat.Dengan itu penduduk dengan mudah boleh menggunakan kemudahan tersebut tanpa bayaran.


PPIK Sungai Serai mula di tubuhkan pada pertengan bulan Julai 2007.PPIK mula bertapak di kampung Sungai Serai bertujuan memperkenalkan dunia ICT kepada penduduk kampung terutamanya.

Untuk membina sebuah bangunan PPIK ini,memerlukan sebuah kawasan yang luas dan strategik.Dengan bantuan JKKK terutamanya sebagai orang kuat dalam kampung Sungai Serai ,telah memilih lokasi yang strategik iaitu berhampiran Perpustakaan Desa.Dengan itu,ia memudahkan untuk menarik orang kampung untuk menyertai ahli PPIK serta mengambil pelbagai inisiatif melalui pelbagai program yang di anjurkan oleh pusat tersebut





Nama : Zura Bt Mohd Noor
Alamat : Kg.Sungai Serai,Binjai Rendah,21400 Marang,Terengganu.
Tarikh Lahir :18 Januari 1986
Tempat Lahir : Kg.Sungai Serai

Akademik : Sijil SPM
Kemahiran : Sijil Komputer INFORANA
Hobi :Bermain msj,komputer dan berkenalan
Impian :Ingin berjaya dalam hidup
Motto :Kegagalan tidak bermakna gagal buat selama-lamanya.



Salam Sejahtera daripada saya Zura Binti Mohd Noor,Penyelia PPIK Sungai Serai.Selamat datang saya ucapkan kepada pengunjung ppik Sungai Serai menerusi laman web blogger Sungai Serai ini.PPIK ini di tubuhkan di kampung Sungai Serai,yang terletak di daerah Marang,Kuala Terengganu.PPIK ini beerti Pusat Perkhidmatan Ilmu & Komuniti yang diwujudkan di kampung-kampung terutamanya.Banyak manfaat yang diperolehi terutamanya penduduk kampung Sungai Serai.Dengan adanya pusat sedemikian ,semua penduduk boleh belajar mengenal dunia ICT.