23 oktober 2009 ,satu Majlis bacaan Yassin di kalangan kaum hawa diadakan di kediaman ketua wanita KG Sungai Serai.Majlis ini biasanya diadakan seminggu sekali di kampung ini secara bergilir-gilir di kediaman masing-masing.Tujuan majlis ini diadakan supaya lebih diberkati dan mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama penduduk kampung.Majlis ini dihadiri 20 orang kaum hawa dan disediakan sedikit jamuan ringan.




Bulan Ramadhan tiba lagi.Pada 22 Ogos 2009,Semua umat Islam gembira menyambut kedatangan bulan yang mulia ini.Dibulan yang mulia kebanyakkan penduduk mengambil peluang mencari rezeki dengan berniagadibazar Ramadhan.Bagi penduduk Kg.Sungai Serai mengambil peuang ini dengan berniaga dibazar Binjai Rendah.Keadaan yang sesak pada sebelah petang sering menyebabkan kesesakan jalan raya.Namun kemeriahan Aidilfitri sangat dirasai oelh penduduk Kg.Sungai Serai....



7 dan 8 Julai merupkan program Cyberkids bersama komuniti telah diadakan di Ppik Kuala Telemong,Kuala Terengganu.Program ini adalah anjuran dari Maxis Cyberkids bersama komuniti bertujuan memberi pengetahuan tentang portal cyberkids yang disediakan didalam web cyberkids sendiri.Pelajar yang terlibat kebanyakkan pelajar sekolah rendah dan mereka dapat menambah ilmu pengetahuan lebih tinggi lagi tentang portal masa kini

Disamping itu,member-member Cyberkids mengambil peluang mengenali serta beramah mesra bersama komuniti Kampung Kuala Telemong dengan mengadakan lawatan ke tempat membuat batik di kampung tersebut.

Tiga gadis manis ini adalah sebahagian penyelia yang menghadirkan diri dalam program Cyberkids yang diadakan di Kuala Telemong.Melalui program ini kami sedikit sebanyak dapat menambah ilmu pengetahuan untuk dibawa ke ppik masing2 untuk di kongsi bersama komuniti kampung.


Gambar menunjukkan cara-cara menenun kain songket.Alat yg dinamakan Pelenting akan dimasukkan ke dalam Tarok yang diperbuat dr aluminium yg berfungsi untuk menggulung benang.Kemudian benang akan dimasukkan ke dalam kain tersebut untuk membuat corak tenunan


Kemudian jentera akan ditarik untuk mengemaskan benang yang akan membentuk corak tenunan


Apabila semua jentera bahagian atas di gerakkan,jentera bahagian bawah juga mesti di gerakkan juga sama serentak untuk mengemaskan tenunan apabila siap nanti.


Kayu yang dipanggil Bira tadi akan bertugas sebagai pembuat bunga dan semasa proses tenunan di jalankan,Mak Ngah akan sentiasa mengubah kedudukan Bira tersebut.




Harga sehelai kain tenunan biasa di jual sekitar RM400-RM600 bagi tenunan biasa seperi ini.........."Cantik kan kain tenunan yang telah siap ditenun"
Ini adalah contoh-contoh corak tenunan songket yang biasa di jual...........


jalan utama di tutup

tanaman di tenggelami banjir

penyelia dan banjir


Pada 29.11.2008 banjir telah berlaku di kampung ini.Kegembiraan jelas terpapar diwajah kanak-kanak terutamanya kerana boleh bermain air,menaiki perahu ,berakit serta menjala ikan adalah sebahagian aktiviti mereka pada musim tengkujuh ini.Bagi ibu bapa pula jelas kebimbangan terhadap anak-anak mereka.Untuk tempat yang sentiasa di naiki air pula penduduk terpaksa bersabar.Banjir ini juga menyebabkab sebahagian tanaman di tenggelami air.Musin tengkujuh kali ini telah menyebabkan kg Sungai Serai mengalami tiga kali kenaikkan air di jalan utama.




Sepak takraw

permainan bola sepak




Permainan bola sepak dan sepak takraw adalah sebahagian aktiviti penduduk kg.Sungai Serai pada sebelah petang.Aktiviti ini biasa dilakukan oleh remaja muda untuk memenuhi aktiviti mereka.Dengan adanya aktiviti ini boleh mengurangkan gejala yang tidak sihat di kg ini.Dengan adanya kemahiran sukan seperti ini bukan sahaja boleh menyihatkan badan tetapi boleh menunjukkan bakat anak-anak muda kg ini dalam aktiviti sukan.


mesin fotostat HPLaserJet M1522n

kerusi dan meja

komputer HP


Pelbagai kemudahan yang disediakan didalam Ppik Kg.Sungai Serai ini bagi keselesaan penduduk untuk belajar.Antara kemudahan yang disediakan adalah komputer,kerusi,meja,internet serta mesin fotostat.Dengan itu penduduk dengan mudah boleh menggunakan kemudahan tersebut tanpa bayaran.